Posts

Ibu Maafkan Aku

Maira, seorang gadis yang berasal daripada keluarga yang kaya sibuk merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Fikirannya bercelaru dengan masalah ekonomi yang sedang dihadapinya sekeluarga ditambah pula dengan kehilangan ibunya yang tersayang baru-baru ini. Air matanya mengalir tanpa henti. Dia terimbas kembali akan kejadian yang berlaku sehari sebelum ibunya pergi meninggalkannya. "Maira, tolong ibu kemaskan ruang tamu," pinta ibunya. Sepantas kilat Maira menjawab dengan suaranya yang lantang," Ibu buatlah sendiri. Ibu masih berdaya dan ada kudrat untuk kemas ruang tamu. Maira terlalu sibuk dengan kerja yang diberi oleh cikgu" jeritnya dari tangga. Ibunya mengeluh lalu terdetik dalam hatinya 'Andainya tiba ajalku esok,siapalah yang akan mengemas rumah sebesar ini,' keluh hatinya. Dia teringat bahawa dia terlalu memanjakan anaknya sehingga anaknya yang tersayang tidak mahu mendengar arahannya. Sementara itu, Maira sedang baring terlentang di a...

Suatu Hari Nanti

Fatini dan Humaira, dua sahabat karib yang tidak pernah berenggang walaupun untuk seminit. Mereka berkenalan sejak mereka masih tadika lagi. Walaupun sesukar dan sebesar mana pun masalah yang mereka hadapi namun tiada apa pun yang dapat memisahkan mereka berdua. Hubungan mereka bagaikan adik-beradik yang tidak akan pernah putus. Namun disebabkan usia mereka yang kini semakin meningkat, mereka ditimpa masalah yang serius apabila mereka terpaksa berpisah buat masa yang agak lama. Wajah putih Fatini bertukar menjadi kemerahan. Matanya cuba untuk menangkung tangisan kesedihan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Dia menatap wajah Humaira yang sudah dibasahi air mata. Dia tidak menyangka yang akhirnya mereka akan berpisah setelah sekian lama bersama. Humaira akan melanjutkan pelajarannya ke University Of Manchester manakala dia akan melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Jarak yang sudah ternyata jelas jauhnya membuatkan mereka sukar untuk bertemu. Mereka bim...

Papa Tungguku di Syurga

Terpampang potret seorang remaja lelaki bersama seorang pemuda di dinding sebuah rumah banglo. Terukir nama 'RAZIF & PAPA' di bawah potret tersebut. Remaja itu merupakan anak tunggal kepada pasangan jutawan yang sudah lama tiada. Razif merupakan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola keranjang dan hoki. Namun, suatu hari disebabkan satu insiden yang tidak diingini berlaku telah menyebabkan Razif dan papanya pergi buat selama-lamanya.Razif merupakan anak kesayangan papanya, namun disebabkan keputusan peperiksaannya yang merosot secara mendadak telah menyebabkan dia risau dan takut untuk memberitahu kedua ibu bapanya. Ketika waktu persekolahan masih belum bermula, Razif mengambil keputusan untuk memeriksa kedudukan yang diperolehinya sewaktu peperiksaan akhir tahun. Dia berjalan dengan penuh gembira menuju ke papan kenyataan yang biasanya di letakkan keputusan peperiksaan sebegitu. Dia bagaikan 'kaca terhempas k...