Papa Tungguku di Syurga

Terpampang potret seorang remaja lelaki bersama seorang pemuda di dinding sebuah rumah banglo. Terukir nama 'RAZIF & PAPA' di bawah potret tersebut. Remaja itu merupakan anak tunggal kepada pasangan jutawan yang sudah lama tiada. Razif merupakan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola keranjang dan hoki. Namun, suatu hari disebabkan satu insiden yang tidak diingini berlaku telah menyebabkan Razif dan papanya pergi buat selama-lamanya.Razif merupakan anak kesayangan papanya, namun disebabkan keputusan peperiksaannya yang merosot secara mendadak telah menyebabkan dia risau dan takut untuk memberitahu kedua ibu bapanya.

Ketika waktu persekolahan masih belum bermula, Razif mengambil keputusan untuk memeriksa kedudukan yang diperolehinya sewaktu peperiksaan akhir tahun. Dia berjalan dengan penuh gembira menuju ke papan kenyataan yang biasanya di letakkan keputusan peperiksaan sebegitu. Dia bagaikan 'kaca terhempas ke batu' sebaik sahaja melihat keputusan tersebut, hatinya hancur dan dia rebah ke lantai. Keputusannya tidak seperti biasa, dia yang dahulunya biasa mendapat tempat pertama di dalam darjah menurun ke tempat 10 ke bawah. Perkara ini telah menyebabkan dia terkejut dan kecewa." Pasti ibu dan papa akan berasa sedih dan kecewa jika mereka dapat tahu tentang perkara ini," katanya sendirian.

Sebaik sahaja dia tiba di rumah, ibunya menegurnya "Dah dapat tahu keputusan? Mesti keputusan Razif cemerlang seperti biasa,". Sapaan ibunya telah membuatkan dia terkejut lalu dia memarahi ibunya. Ibunya berasa hairan kerana tidak biasa dia berperangai seperti itu. Tidak lama kemudian, papanya sudah pulang dari kerja. Papanya memanggil Razif untuk turun ke bawah. Setibanya dia di bawah, papanya pula yang bertanyakan tentang keputusan tersebut. Dengan menggunakan suara yang kuat dan lantang, dia menjerit " Papa dan mama tak perlu tahu tentang perkara itu. Kalian tak perlu sibuk tentang diri aku,biarlah aku uruskan kehidupan dan jalan hidup aku sendiri!" Papanya terduduk sebaik sahaja ayat itu dikeluarkan. Dia tidak percaya bahawa anaknya,Razif telah melafazkan perkataan sebegitu.

Razif berlari meninggalkan papanya di ruang tamu menuju ke bilik tidurnya. Razif menghempas pintu biliknya lalu mengunci pintu tersebut. Papanya mengekorinya dari belakang. Papanya mengetuk pintu bilik tidurnya dengan kuat. Razif terpaksa membuka pintu tersebut takut pintu itu roboh akibat diketuk dengan terlalu kuat."Sudahlah papa, tak perlulah papa mengambil kisah akan hidup aku. Papa fikirlah tentang diri papa,tak lama lagi papa akan bertambah tua. Tak sanggup aku nak jaga papa dan ibu bila besar nanti," tengking Razif. Papanya begitu terkejut dan marah lalu dengan tidak sengaja tertamparnya. Razif berasa sangat marah lalu menolak papanya dan tanpa disedarinya papanya berdiri betul-betul di hadapan tangga. Papanya terjatuh dan terguling ke bawah. Ibunya yang baru selesai memasak terkejut melihat kejadian tersebut.

Kedengaran bacaan Yaasin di ruang tamu, jenazah papanya dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan surau berdekatan. Akibat kejadian tersebut, Razif trauma dan tidak pernah berbual dengan sesiapa lagi kecuali bersama ibunya. Setiap malam, Razif berdoa dan di dalam doanya dia berkata 'Papa ampunkan Razif,Razif tidak sengaja menolak papa. Papa, Razif doakan papa selamat di sana. Papa tunggu aku di syurga," pada setiap patah perkataan yang dilafazkannya, air matanya mengalir berderas-deras kerana terimbas kejadian yang berlaku.

Suatu malam, Razif berdoa dan menunaikan solat sunat Hajat. Di dalam doanya, dia mengatakan yang dia ingin sekali bertemu dengan papanya untuk meminta maaf dan berbual bagi melepaskan kerinduan yang dipendamnya selama ini. Bunyi jam loceng berdering dengan nyaring sekali masih tidak dihentikan lagi, sudah beberapa minit sejak loceng itu berbunyi. Ibunya berasa hairan lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia terlihat Razif masih lagi sedang dibuai mimpi. Dia cuba untuk mengejutkan Razif sebanyak beberapa kali namun usahanya hanya sia-sia. Tubuh kecil Razif masih lagi tidak berganjak. Tidak lama kemudian, baru ibunya sedari bahawa tubuh itu sudah tidak bernyawa lagi. Air matanya mengalir. Dia tidak menyangka untuk kehilangan anak lelakinya setelah baru sahaja beberapa minggu kehilangan suaminya.

Potret yang tergantung itu menyimpan beribu kenangan pahit dan manis kepada ibu Razif. Potret itu tidak akan pernah dibuang atau dibawa pergi selagi ibunya masih hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Suatu Hari Nanti

Ibu Maafkan Aku