Suatu Hari Nanti


Fatini dan Humaira, dua sahabat karib yang tidak pernah berenggang walaupun untuk seminit. Mereka berkenalan sejak mereka masih tadika lagi. Walaupun sesukar dan sebesar mana pun masalah yang mereka hadapi namun tiada apa pun yang dapat memisahkan mereka berdua. Hubungan mereka bagaikan adik-beradik yang tidak akan pernah putus. Namun disebabkan usia mereka yang kini semakin meningkat, mereka ditimpa masalah yang serius apabila mereka terpaksa berpisah buat masa yang agak lama.

Wajah putih Fatini bertukar menjadi kemerahan. Matanya cuba untuk menangkung tangisan kesedihan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Dia menatap wajah Humaira yang sudah dibasahi air mata. Dia tidak menyangka yang akhirnya mereka akan berpisah setelah sekian lama bersama. Humaira akan melanjutkan pelajarannya ke University Of Manchester manakala dia akan melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Jarak yang sudah ternyata jelas jauhnya membuatkan mereka sukar untuk bertemu. Mereka bimbang jika mereka sudah tidak kenal di antara satu sama lain apabila mereka sudah besar nanti.

"Humaira, janganlah bimbang. Kita pasti akan bertemu lagi suatu hari nanti, tak perlulah sampai macam ini. Awak pergi untuk belajar, untuk diri awak juga," pujuk Fatini walaupun sebenarnya dia pun tidak dapat menahan rasa sebak itu. Humaira tidak mampu berbuat apa-apa kecuali mendengar apa yang dikatakan oleh Fatini. Humaira tersedu-sedu lalu dengan suara yang sayu dia berkata,"Mungkin kita akan bertemu lagi, namun mungkin kita sudah berubah. Kita mungkin tidak mengenali satu sama lain dah ketika itu. Mungkin perangai kita sudah tidak seperti sekarang, saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan tanpa awak,". Ayat yang dilafazkan olehnya telah membuatkan air mata Fatini mengalir. Sesungguhnya persahabatan yang telah mereka jalin tersangat akrab.

Tiba-tiba, kedengaran pengumuman yang menandakan penerbangan yang menuju ke destinasi yang ingin ditujui oleh Humaira sudah sedia untuk dipenuhi penumpang. Mereka menatap wajah satu sama lain. Sungguh sukar bagi mereka untuk berpisah setelah segala kenangan manis yang telah mereka bina bersama. "Penerbangan awak sudah tiba, awak patut pergi sekarang. Saya akan berada di sini bila awak pulang nanti," jelas Fatini. Walaupun di bibirnya terukir senyuman yang manis, namun di hatinya dia terasa seperti ditikam berkali-kali menggunakan pisau yang telah diasah menjadi tajam. Air mata mereka mengalir, mereka memeluk diantara satu sama lain. Sebelum Humaira pergi, Fatini sempat menjerit "Walaupun sudah beribu tahun pun awak masih tidak pulang, saya akan tetap datang ke sini setiap tahun bagi menanti kepulangan awak kerana kita pasti akan bertemu lagi suatu hari nanti,". Humaira melemparkan senyuman yang manis lalu pergi meninggalkan Fatini di situ sendirian.

Sudah beberapa tahun semenjak pemergian Humaira, namun Fatini masih cuba untuk berhubung dengannya. Fatini mendapat tahu daripada ibu Humaira bahawa Humaira akan pulang sempena cuti pertengahan tahun tidak lama lagi, jadi dia cuba untuk menyediakan sebuah majlis demi menyambut kepulangan sahabatnya itu. Tibalah hari yang dinantikan, Fatini telah menunggu di depan rumah Humaira. Dia terlihat sebuah kereta berwarna hitam memasuki halaman rumah Humaira. Dari jauh terlihat susuk tubuh seorang gadis yang sedang tersenyum gembira melihat kehadiran Fatini. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, Humaira melangkah keluar daripada kereta. Dia berlari ke arah Fatini dengan muka yang gembira.

Mereka menceritakan pengalaman hidup yang mereka hadapi kepada satu sama lain. Mereka telah mencipta satu lagi kenangan dan juga cabaran kehidupan bersama." Benarkan apa yang saya kata, suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi," kata Fatini dengan muka tersenyum. Humaira mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mempersetujui apa yang dikatakan oleh Fatini. Humaira memberitahu Fatini bahawa pengajiannya akan tamat tidak lama lagi. Hari terakhir Humaira sebelum dia perlu pulang ke University Of Manchester, Fatini melafazkan lagi ayat yang serupa seperti yang pernah dilafazkannya dahulu iaitu ' Walaupun sudah beribu tahun pun awak masih tidak pulang, saya akan tetap datang ke sini setiap tahun bagi menanti kepulangan awak kerana suatu hari nanti kita pasti akan bertemu lagi,'

Comments

Popular posts from this blog

Papa Tungguku di Syurga

Ibu Maafkan Aku